'macam mana ye nak bangun sebelum subuh?'- soalan yang pernah ditanya pada saya. soalan yang pendek je sebenarnya, tapi untuk menjawab tu, banyak benda yang perlu dipertimbangkan.
macam masa sekarang ni, subuh pukul 4.30 dan semakin hari semakin awal. pukul 6 tu da dekat nak cerah dah. maksudnya kalau nak bangun sebelum subuh, dalam pukul 4 macam tu laa. tapi kalau dah tidur pukul 1 atau 2, macamana agaknya mata ni nak terbuka pada pukul 4, melainkan dengan sebab yang benar2 menjadi penolak untuk kita bangun seawal itu, macam kena siapkan assignment atau sebab kita nak pergi mana2.
maka, untuk menjawab soalan tadi, beberapa perkara perlu juga dipertimbangkan, dan perkara yang paling utama ialah diri sendiri. kalau diri sendiri pun asyik bangun pukul 6 lebih, macamana nak cakap dekat orang lain untuk bangun awal?
habis tu, tak kan nak biarkan soalan tu berlalu tanpa jawapan, dan biarkan je diri terus-terusan bangun lambat untuk subuh? takkan nak buat macam tu kan?
maka,cara yang terbaik ialah kita bagi je pandangan kita tentang macamana cara nak bangun awal, dan dalam masa yang sama, kita sendiri pun cuba dan usaha untuk bangun awal. sebabnya kita sendiri sedar kepentingan untuk solat pada awal waktu.
jadi, macamana caranya nak bangun awal?ada ke tips atau rahsia untuk bangun awal ni?tak tahulah pulak kan. tapi secara umumnya, untuk bangun awal, kena lah tidur awal. sebabnya tidur awal tu pun salah satu usaha untuk bangun awal jugak kan. lepas tu jangan lupa kunci jam, kalau boleh kunci laa dua, tiga. lepas tu lagi masa nak tidur malam tu, kita niat yang kita nak bangun awal pada keesokan pagi tu. lepas tu kita serah pada Allah, samada Dia akan menggerakkan kita awal pagi tu, atau pun tak, walaupun pada masa yang sama terpulang pada keinginan kita untuk bangun atau pun tak. perasan tak, kadang2 kita dah terjaga je sebenarnya, tapi tak cukup kekuatan untuk keluarkan diri daripada duvet (selimut tebal), lebih2 lagi dalam cuaca yang sejuk. memang saat2 yang paling seronok untuk tidur.
tapi hakikatnya, kalaulah kita sedar bahawa ganjaran bagi melakukan suruhan Allah tu lagi seronok daripada berselubung di bawah duvet, mesti kita akan mencelikkan mata sebelum azan dari laptop berkumandang lagi. namun kita manusia, sangat susah untuk kita ditolak dengan sesuatu tak dapat dilihat dengan mata kasar..namun hakikatnya, andai saja secebis dari keindahan syurga itu ditayangkan di depan mata kita, pasti setiap saat kita akan berusaha untuk menggapainya..
sungguh, orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai2, itulah kemenangan yang agung. (al-buruj,85:11)
kerana sesungguhnya, menggapai syurga dan redha Allah, itulah kemenangan yang paling agung..jadi, ayuh kita sama2 berusaha menggapai redha dan syurga-Nya..manual dan panduan sudah di depan mata..ayuh manfaatkan al-quran sebaiknya =)
wallahu'alam~
1 comments:
Salam. Sangat terkesan kisah ini dihati saya. Betapa mulianya sifat memaafkan itu. Terima kasih kerana berkongsi di sini iman.
Post a Comment